Ramai Pembeli Tapi Makin Rugi

Suatu masa dahulu, saya suka membaca buku Dr Hj Rusly - hampir semua buku beliau saya baca.

Buku beliau mengutarakan tentang bisnes kecil-kecilan, bisnes tepi jalan - gerai makanan yang menjual di pasar malam atau gerai di tepi jalan, di mana bisnes begini juga boleh meraihkan keuntungan yang besar.

Beliau menerangkan apa yang patut mereka buat agar boleh dapat untung yang lebih besar daripada pekerja awam, pekerja di pejabat dan lain-lain pekerjaan.

Kaedah yang beliau tunjukkan amat mudah. Cuma ramai peniaga sendiri yang terlepas pandang. Antara yang paling penting ialah pengiraan kos.

Terdapat bisnes yang menjual makanan yang popular, ramai pembeli yang suka. Tapi hari-hari makin rugi, bukan untung.

Disebabkan tidak buat kira-kira, tiada rancangan yang teliti, menyebabkan bisnes makin merudum, walaupun ramai pembeli.

Maka, setiap bisnes walaupun kecil mestilah belajar mengira kos modal dan untung. Baru boleh nampak margin untung atau rugi setiap jualan.

Dengan itu, bisnes dapat dirancang dengan teliti. Berbaloi atau tidak untuk teruskan bisnes.

Ramai orang gagal, sebab tidak merancang dengan baik. Saya pun pernah rasa gagal. Setiap kegagalan itu adalah suatu pengajaran untuk kita.

Mulakan merancang dengan baik.

Suatu rancangan yang baik ialah menyimpan emas. Tak perlu tunggu semua duit terkumpul.

Simpan 1 gram setiap bulan. Atau 1 dinar. Bayar ansuran-ansuran. Tidak perlu mahu tunggu lama-lama.

Mulakan simpanan emas anda hari ni

DAFTAR PERCUMA