Buat Saja, Jangan Overthinking Sangat

Pada bulan ini, saya telah melatihkan diri supaya hari-hari menulis. Menulis untuk melatih diri supaya dapat menyampaikan apa yang bermain di minda dengan lebih jelas.

Mengeluarkan buah fikiran dari awal hingga tertulis pelbagai idea. Kadang cerita sendiri, terfikir pula idea lain. Idea mencetus apabila sudah mula menulis. Masa awal-awal menulis, asyik fikir apa yang mahu ditulis, jadi terbantut kalau asyik fikir tanpa menulis.

Jadi saya mula sahaja menulis tanpa berfikir panjang, apa yang bermain di minda tulis sahaja.

Bermula dengan apa yang berlaku pada hari tersebut, kemudian saya ulas fikir kejadian, apa fikiran yang tercetus ketika menulis. Dan apa-apa sahaja yang tertera di kepala ini.

Begitulah juga kita dalam kehidupan. Mahu mulakan sesuatu bukan tunggu 'sedia'.

Bertindak dahulu, mulakan apa-apa yang kita hajati. Jangan tunggu ada signal, baru mahu jalan.

Apa petanda yang kita tunggu-tunggu?

Tanya balik diri, tidak dapat cari jawapan yang pasti.

Ada jawapan pun, bila ia akan muncul? Entah agaknya bila kita akan bermula.

Sikap tertangguh itu yang menghalang kita untuk mulakan sesuatu.

Jadi dalam apa-apa pun kita mula kecil, mula sedikit, mula perlahan-perlahan. Baru ada nampak gerakan. Buat sahaja, yang penting sudah mulakan.

Kemudian, barulah kita konsisten dan disiplin. Tanamkan dalam diri untuk terus gigih berusaha. Gigih tekad untuk BUAT TERUS.

Saya pun sekarang tidak mahu berhenti TABIAT menulis hari-hari. Terus menulis SETIAP HARI. Buat terus, jangan overthinking.

Bak kata pepatah

"Start wherever you are and start small".

Dalam kata yang lain, untuk anda yang mahu simpan emas, MULAKAN rm100 atau 1 gram setiap bulan. Mulakan dengan kemampuan masing-masing.

Jangan tangguh-tangguh, Mula simpan awal-awal. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Info lanjut:
Klik Sini