Inilah Jawapan Yang Anda Cari
Pada waktu tengah hari - waktu rehat pekerja,
"Macam mana mahu simpan duit?" kata kawan sekerja.
Kami berborak sehingga masuk ke topik ini. Jadi saya orang yang beremas telah menyarankan untuk menyimpan emas.
Lagi bagus, lagi untung.
Saya menceritakan tentang kelebihan-kelebihan emas, apa beza dengan simpan duit dan emas. Dia mendengar penuh perhatian.
Dia memberitahu inilah jawapan yang dia cari.
Dia tahu simpanan tempat lain - tidak menjaminkan pulangan yang memuaskan.
Saya melihat dia betul-betul berminat untuk simpan emas.
Jadi saya menunjukkan aplikasi public gold saya, bagaimana mahu buat pembelian - sama ada mahu fizikal emas atau secara GAP, dan cara membuat pembayaran terus atau secara ansuran selama 6 bulan / 10 bulan.
Dia tanpa bertangguh-tangguh terus install aplikasi Public gold di smartphone.
Dan untuk daftar perlu masukkan Introducer PG Code. WAJIB. Tidak boleh biarkan kosong.
Saya pun search di aplikasi Gmail, dan jumpa PG CODE. Saya merupakan dealer juga tapi tidaklah aktif (sewaktu kejadian ini berlaku).
Dia memasukkan PG Code dan tertera nama saya.
--
Selang beberapa minggu kemudian, dia menanyakan tentang penghantaran emas ke rumah. Dia risau akan produk tersebut.
Saya jelaskan "Jangan risau, ada insurans juga, ini penghantaran premium jadi ada perbezaan dengan penghantaran biasa.
Saya ada pengalaman beli dan pos terus ke rumah. Jadi saya yakin dengan sistem penghantaran Public Gold".
Tugas saya agar dia boleh percaya pembelian dia selamat.
Beli emas melalui Public Gold dijamin selamat, beli tanpa ragu-ragu.