Saya Tidak Setuju Dengan Kamus Dewan
Ketika saya dan kawan tulis a, b, c, hingga z di whiteboard.
Kami 4 orang bergilir-gilir menulis. Selepas itu, tengok tulisan masing-masing, semua orang ada stail menulis huruf yang berbeza.
Selepas itu kami main spelling bee, dan kemudian teka-teki perkataan.
Saya sebut "Culas. Kamu tao ka apa maksudnya?"
Tiada yang bagi jawapan yang tepat.
"Maksudnya Malas".
Soalan kedua ialah "apa maksud beremas?"
Sekali lagi, tiada jawapan yang tepat. Semua buntu.
"Maksudnya memakai emas atau mempunyai emas".
--
Saya jumpa ayat ini apabila berfikir apa mahu bagi nama untuk domain. (Tapi tidak jadi pakai)
Jumpa di kamus online - Dewan Bahasa & Pustaka.
Contoh ayat:
"segala orang yang beremas, bagaimana sekali-pun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai"
Ku menentang ayat di atas, kamu pun semua tidak setuju kan.
Sekarang siapa-siapa pun pakai emas, orang kaya, orang miskin, kerani, petani, suri rumah, dan budak kecil pun sudah beremas.
Jom jadi orang yang beremas.
Klik Di Sini