Mahu Jadi Hebat, Kena Mula Sikit-Sikit

Bayangkan kita baru mahu belajar memasak, jadi kita pun pergi kedai beli barang, ikut langkah demi langkah resipi yang kita jumpa di Facebook, tapi rasanya macam tidak menjadi sahaja. Tengok komen ramai yang puji resipi dan ada yang sudah cuba dan ternyata sedap..

Kadang-kadang apabila kita ikut video atau resipi orang, tidak terus menjadi. Kalau orang biasa memasak, semestinya dia tahu sikit-sikit mahu adjust kalau tidak ngam di lidah. Sebab dia sudah BIASA memasak, hari-hari memasak, jadi asas memasak sudah biasa, dan masa yang digunakan untuk siapkan makanan pun cepat.

Kalau kita yang baru, mestilah terhegeh-hegeh mau ikut panduan, sambil tengok video atau baca resipi, sambil itu terus buat. Kadang menjadi, kadang tidak. Yang penting di sini kita sudah mula memasak.

Janganlah disebabkan kegagalan awal-awal kita pun tidak mahu terus belajar memasak. Hatta orang memandu kereta, awal-awal memang tidak lancar, asyik mati kereta ja kalau yang pakai manual.

Untuk memahirkan diri dalam memasak, memandu atau apa-apa sahaja, jangan bandingkan sangat dengan orang, kita usaha perlahan-perlahan, lama-lama pandailah kita.

Apabila pandai, itulah kemahiran kita yang bernilai dan boleh digunakan bila-bila masa tanpa ragu-ragu dan yakin terus.

Begitu juga, kalau mahu kita mahu ada duit untuk jangka masa panjang, kita belajar simpan emas sikit. Ia nilai yang kekal berpanjangan. Tidak luput dek masa berlalu.

Jangan tunggu lagi, mari mulakan SIMPAN EMAS!

Daftar Di Sini