Sanggup Terbang Jauh-jauh

10 tahun lepas, saya pernah naik kapal terbang ke Semenanjung semata-mata untuk belajar buat CENDOL. Iya betul cendol. Heran juga orang lain belajar di YouTube. Tidak payah mahu pergi kelas jauh-jauh.

Tapi saya pula sanggup beli tiket beratus-ratus untuk belajar 1 resapi sahaja. Anda tidak silap.

Bukan itu sahaja, saya dari lapangan kapal terbang pergi ke KELAS CENDOL tersebut, perlu naik kereta api dan tukar laluan lagi. Ada satu masa itu saya tidur di bangku kerusi - bermalam di situ sebab menunggu kereta api sampai pada waktu subuh.

Sanggup juga bila fikir balik. Naik awal pagi punya kereta api supaya sampai ke tempat tujuan.

Saya satu-satunya peserta yang berasal dari SABAH. Mengenang balik, saya semangat mahu dapatkan sesuatu. Saya semangat mahu buat bisnes CENDOL. Sehinggakan belajar resipi dari Chef Akmal (tidak silap itu namanya) - dia merupakan anak kepada pengarang buku Rahsia Kekayaan Dari Bogor - Dr Hj Rusly.

Buku-buku Hj. Rusly berkisarkan penjual-penjual tepi jalan yang boleh kaya. Dia ubah mindset berniaga kecil-kecilan pun boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Best juga baca buku Hj Rusly. Banyak jadi sumber inspirasi.

Itulah sebab saya sanggup ambil RISIKO belanjakan gaji saya yang baru rm1000 masa itu. Tiap bulan saya simpan duit untuk jadikan pelaburan kepada bisnes yang saya mahu.

Saya tidak fikir panjang sangat, pergi belajar dulu, sanggup laburkan duit untuk mencapai TUJUAN.

Setiap wang yang kita belanjakan itu adalah untuk kita bina masa hadapan kita.
Itulah sebab saya SANGGUP belanja mahal-mahal.

Dan untuk BINA KEKAYAAN, kita jangan lupa untuk simpan EMAS.

Apabila kita sanggup gunakan duit untuk beli EMAS, dan kita memiliki emas, lama-lama baru kita sedar kenapa tidak mula awal-awal.

Betul, cuba simpan dulu, sudah peram bertahun-tahun, barulah kita rasa

UNTUNGYA simpan emas. Belum cuba, belum tahu.

Info lanjut, klik sini.